Pemulauan oleh Suu Kyi Pilihan_raya_umum_Myanmar_2010

Parti pembangkang utama Myanmar, Parti Demokrasi Liga Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi yang kini dalam tahanan di rumah, telah memutuskan untuk memulaukan pilihan raya umum Myanmar 2010 mencabar keputusan rejim tentera negara itu. Beliau berpendapat undang-undang pilihan raya yang diumumkan rejim tentera Myanmar sebagai tidak adil dan bercanggah dengan amalan demokrasi. Mengikut undang-undang baru pilihan raya yang diumumkan oleh junta tentera, mereka yang didapati bersalah kerana terlibat dalam jenayah atau pernah dipenjarakan dilarang bertanding sebagai calon. Tarikh pilihan raya yang dipilih junta juga merupakan satu tamparan simbolik kepada peluang Suu Kyi bertanding kerana ia dibuat beberapa hari sebelum tempoh tahanan di rumah ke atas Suu Kyi tamat pada 13 November 2010.